Friday, December 28, 2012

Kawan yang tinggal kenangan

ASSALAMUALAIKUM WBT . 29 Disember 2012 . tetiba plak aku terbangun dari tidor dan teringatkan semua kawankawan aku . biarlah sama ada aku kawan diaorang ataupon tidak . tapi aku nak gtaw yang korang semua tetap kawan aku SELAMANYA . Start daripada Tadika Perpaduan Kg Belakang Gudang , SK Pusat Jerteh , SK Seri Kerian , SMK Tengku Mahmud , SMK Sri Nering , KEM PLKN Indera Pahlawan ,dan lastly IKIP INTERNATIONAL COLLEGE . Aku selalu mencari mana hilangnya kawan aku ? Mana !!!! aku masih mencari korang , dan bukan mencari korang yang sekarang , tapi mencari korang yang dulu . dimana banyak kenangan yang diciptakan . SEBAK seyh aku nak type nih . . tapi memang betol kan ? Kawan xkan ade selamanya ngan kiter . lain pula ngan Sahabt n Teman . tulah dia . dah semua dah jauh , xbermakna hati jauh taw . . Tapi kebanyakkan macamtu lah . ape bleh buat . aku memang selalu rasa dipinggirkan daripada rakanrakan . Kelemahan ku ? Kekuranganku ? kenapa xde orang yang nak tegur ? tah lah . aku buat habis baik dah untuk korang . . Korang semua pergi senyap saje . tanpa ada pesanan , tanpa ada komunikasi . sedangkan semua ade handset . huhu . .sekarang gambar korang semualah yang aku ada . walaupon aku xde korang . . siyes aku tersentuh . . rakanrakan yang dulu belajar berjalan samesame , apabila dah pandai berlari . lupa dah untuk berjalan ni . korang lari~~!!! saje . Tapi jangan lupa , masa berlari tu tengok kat bawah jugak . kalau tersepak batu nanti . kawan lambat sampai . lau kita samesame berjalan xper . aku leh tolong kau , kau leh tolong aku . maybe x nampak kot , pertolongan ? ape lah sangat . kan ? banyak bende lagi nak share sebenarnya . . tapi xterucap . siyess sebak . ingatkan kawankawan . tapi Aku ade sorang lagi kawan walaupon dia dah tinggalkan aku untuk kembali kekampung halaman . aku tetap RINDU dia . susah senang , bermula sampai habis . kita tanggung bersama . :)) . kepada yang lain . korang teruskan berlari . tapi kalaulah ternampak aku yang keletihan tu . bg lah air sikit . walaupun aku hanya berjalan . huhu . #MENGARUT di pagi hari .

Friday, September 28, 2012

CIK NIM dan SENI .

assalamualaikom . . malam ? kenapa allah jadikan malam ? hitam ? gelap ? setiap yang dicipta ada kelebihannya kan ? begilah juga dengan aku ini . ade kelebihannya . ade keburukannya . . tetapi bahaya kan kalau kita mengatakan bahawa kita ni buruk ? secara tidak sengaja kita telah mengatakan ia kepada pencipta kita . harini aku belajar tentang seni . seni ade banyak maksud dan banyak sudut bleh dilihat . seni ALLAH didunia . hurmm . begitulah . kita dapat juga melihat keindahan seni tersebut . Seni ? apa yang anda tau tentang seni tersebut . . . Alam diciptakan oleh allah untuk semua makhluknya . dan mereka saling memerlukan . kan ? Pokok perlukan manusia dan haiwan untuk hidup . dan sebaliknya . . boleh juga di kelaskan sepertimana LELAKI perlukan WANITA untuk hidup . manusia merupakan semuliamulia ciptaan . dimana KITA jauh berbeza ngan malaikat . haiwan . dan jamadat . JAMADAT means semua benda yang beku ataupon x bergerak lah senang cite . huhu . MANUSIA ade AKAL , TABIAT , NAFSU dan HIKMAH . manakala makhluk lain xsempurna seperti KITA dapat . hurm . tanpa seni juga kita tidak boleh melihat orangorang yang bergaya sekarang . bab orang yang berseni lah membuatkan manusia nampak lebih bergaya . kita perlu hargai orang SENI . kihkkih . sorry . BLOG aku agak membosankan . TP aku xtaw nak type ape . sekurangkurangnya aku gtaw ape yang aku blajar . kan ? BelajarBelajar juga . tp perasaan tetap membuatkan manusia menjadi tidak tenang seperti aku sekarang . hurm . banyak yang timbul kita hanya perlu redha lah . . bab kita ibarat PELAKON yang berada di atas pentas . kita akan mengikut segala arahan PENGARAH . CIK NIM . aku masih menunggu dia timbul dalam mimpi aku . sekarang xde mimpi pasal dia pon . duludulu selalu . begitu indahnya ciptaan ALLAH seperti mana dia mencipta CIK NIM . sehingga membuatkan aku terus membayangi beliau . hehe . maklumlah . . orang cakap , lebih kurang ape ? GILA BAYANG kot . rasanya lah . hurmm . wahai cik NIM . MFR sangat merindui kamu . walaupon MFR rasa anda dah begitu jauh melupakan MFR . dan satu lagi . CIK NIM . MFR akan tunggu kamu sehingga MFR dapat jawapan . :) itulah saja untuk malam ni . kehkeh . sorry laa eak . cite sini abis sini laa eak . ade mase BERCORET lagi . insyallah !

Friday, August 31, 2012

hurmm . . . malam yang sepi . layan lagu QIARA - Hanya Padamu pon menarik jugak . hehehe . . tp kenapa plak kene layan lagu ni ? ishhh . . . menjiwang karat . ADA AKU KESAH . my sites . and its all mine . haha . ish . cik NIM ni . masih lagi bermain di jiwa . macam mane nak biarkan dia seronok ngan hidup dia grr . . . LupakanLupakan . tp aku x patut lupakan dia . KALAU SAYANG JANGAN KACAU . biarkan dia . haha . . . aku still xleh lupakan dia . Ada benda kat dia yang buatkan aku xleh lupakan dia . . Tiada Dua HANYALAH SATU kau yang ku cintai . hahah . . . betol tu . kene ngan diri aku nih . tp kalaulah dia tau . . tp ABAIKAN . maybe dia x kisahkan aku dah . LUAHAN hati aku ni . xde pon nak membosankan korang ngan JIWANGJIWANG anti KARAT nih . #OPPA GANGNAM STYLE . jadi Trend skunk . sampai aku pon terlompatlompat . menarik sangat kot dance dia . haha . . . rase nak wat parody jugak . . CIK NIM . aku xleh lupakan kaw . walaupon aku makan nasik lemak kedai farah . still ingat kau . huhuhu . . . oke lah . aku pon tataw nak coret ape lagi . makin lame coret . makin Teringat kat Cik NIM tu .. papepon 14345 . huhu . nombor ni law tikam kene first prize . KAYA aku .

Monday, August 27, 2012

assalamualaikom . malam yang sepi dan tak taw nak wat ape . hurmm . mengenang kisah lalu jelaa nampaknya . kehkeh . . . nak minum air sirap limau memalam ni . mulas perot kekgi . wakakak . . . aku nak kongsi sikit pasal kenangan aku yang berlaku di masa lalu oke ? walaupon follower x ramai pon xper . . janji aku lepaskan ataw luahkan isi hati sudah . NIM . shortform for her name . Aku gile teringat kat dia seyh . . . macam mane nak gtaw . hurmm . . maybe dia x ready untuk aku atawpon dia bukan hak aku laa senang citer . wahahahah . . . tp aku gila sekarang . GILAKAN dia . . WAHAI cik N I M . . kehkehkeh . mase cuti ni . aku asyik ingatkan cik gadis ostrich tu . kekadang rasa bengang jugak kenapalah aku ingatkan dia seyh ?? oh Awan yang bergerak secara perlahanlahan mengandung air . . Asal bangun pagi jer . ingat nak msg ataw call dia . HANDSET ngan tangan saling ego kot . . ishhh . . . tp xper . aku cuba paham dia . aku Xcited gile seyh bila dengar dia nak datang ke kawasan HOMETOWN aku . . tp sayang . . kehadiran kekasih lamamu~~~ *singing kejap . xlah . masa mencemburui kita wahai CIK N I M . Agpon skali aku PK xkan mak dia nak menantukan 2-2 orang BESUT . hahaha . tp kalau dah jodoh xleh kate ape laa kan . orang utan pon sanggup trima . huhuhu . . . oke lah . tanggal 13 haribulan setiap bulan merupakan ANIVERSARI kami . . ingat zaman pest kenal . Perghh . . Sebabkan teguran dalam BAS je . akhirnya kami berkawan . . SWEET seyh . . perlukah aku PERKENALKAN cik N I M tu nanti ? hurmm . . awal lagi kor . aku takot aku perkenalkan nanti . hubungan x lame plak . hahaha . . . OKELah . ikan haruan kat depan ni pon dah pandai tidor . aku kene tidor gak nih . esok kelas SOFTWARE ENGINEERING plak , xpepasal koma dalam kelas tu nanti . . biarkan kipas berpusing ngan bunyi dungdamdungdam daripada bilik sbelah jelaa yang hiburkan aku . oke . CIK N I M . aku RINDU kaw lah . SENGAL ! hahah . . . ASSALAMUALAIKOM CINTA !

Tuesday, November 29, 2011

nak teruskan ke tak . .

Assalamualaikom .

Hurmm tadek pape nak disharedkan .
Maklumlah banyak sangad masalah .

Firstly ,
Aku tak taw nak teruskan ke tidak pengajianku ni .
Ade lagi hutang yang tertangguh . Adoooiiippuuunnn .
Biasalah belajar dikolej swasta .
Keewangan x stabil . Ishh . Rase nak jadik anak datok laa plak
Baru tade masalah keewangan . Hhuhuhuhu .
Lau aku teruskan belajar . Aku leh daparkan diploma dalam mase 2 senester lagi .
Tp , nak carik duit 2K . Susah woo ! Nak bayar yuran .
Lau aku benti n rase rugi laa plak .
Xlame lagi nak abes dah .
Pameli dah habis skimm dah nak tolong aku . Xdapat gak .
Macam ni lah kehidupan ku yang x seberapa nih .

Istilah susahsusah dahulu , senangsenang kemudian dah berguna dah buat mase sekarang
Maklumlah . Dari susah terus susah , dan yang dah senang terus senang .
So , aku tergolong dalam kalangan org susah laa ni .

Nak cari keje pon susah . Sobsobsoob .
Tanye sini xde nak pekerja , tanye sane pon xde nak pakai pekerja .
Huhhh . Kan senang pameli aku ade kedai sendiri ke . SYARIKAT seNdiri ke . NgehNgeh .

Hope lah . Ada laa bantuan kepadaku .
Insyallah ada jalannya . #lirik lagu Maher Zain .

So ni ajelah yang aku nak Share pagipagi buta nih .
Daftar x lame lagi dah . Wet tade langsung . #Pfffftt .

Saturday, August 13, 2011

Selamat Hari Raya .

kawan oh kawan . . .
kite raye x lame doh nih . huhu
RINDU kampung halaman lah . maklumlah
aku dok kat ebersea kan. huhuh
so . dok jauh dari pameli nih .
berpuasa tanpa pameli disisi .
tabak RINDU bohh .
sediiihhh . bangad weh . nok raye dok lame doh
slamat pose penuh . kepada yang xpose penuh xyah nak beranya ngat lah . huhhu
biarpun awal . tp aku semangat nak raya ,. nak raya umah yang tersayang
takde yang nak sayangkan diriku ini *kecuali pameli laa

Wednesday, August 3, 2011

Tafsiran Mimpi Menurut Islam

Mimpi Berkaitan Peristiwa Atau Kejadian
Bermimpi menunaikan solat alamatnya akan sempurna kerja di dunia dan akhirat.
Bermimpi berlaku perang sabil atau anda akan menunaikan haji alamatnya dosa anda akan diampunkan dunia dan akhirat
Bermimpi memasuki masjid haram atau melakukan tawaf di baitulallah alamatnya anda akan mendapat pahala dan nikmat akhirat dan jika seseorang itu berada dalam kesakitan ia akan segera sembuh
Bermimpi beri sedekah atau zakat fitrah anda akan berasa suka cita dan aman bahagia
Bermimpi memohon doa kepada Allah Taala atau membaca qur'an di rumah anda alamatnya anda akan terlepas daripada bahaya atau sempurna sesuatu pekerjaan yang dilakukan
Jika bermimpi membaca qur'an dengan suara yang lanjut alamatnya panjang usia anda
Jika bermimpi berpuasa alamatnya anda akan mendapat kekayaan atau menjadi orang yang berpakat besar
Jika bermimpi diri anda dalam keadaan bersujud alamatnya anda akan bertapa
Bermimpi sembahyangkan jenazah memberi alamat anda akan mendapat pahala di dunia dan akhirat
Jika bermimpi melihat pelita atau sesuatu yang menyala menandakan pekerjaan yang anda lakukan tidak dapat dilakukan oleh orang lain Bermimpi diri atau rumah anda terbakar menandakan anda akan mendapat ilmu kebajikan di dunia dan akhirat
Jika bermimpi melihat jalan masuk ke kebun atau sesuatu kawasan alamatnya anda akan mendapat berita yang gembira
Jika bermimpi melihat jalan yang lurus memberi alamat anda akan melakukan segala suruhan Allah Taala Jika bermimpi melihat jalan ke pekan memberi petunjuk anda akan mendapat keuntungan yang besar
Jika bermimpi melihat jalan yang sempit alamatnya anda akan mengalami kesukaran
Bermimpi perisai terlalu banyak di rumah anda alamatnya rumah anda dipeliharan daripada sebarang kejahatan
Bermimpi mengenai anak panah menandakan anda akan mendapat surat Jika bermimpi diri di panah orang alamatnya anda akan mengirim berita kepada orang
Bermimpi memanah kayu menandakan akan berlaku kematian
Bermimpi bermain besi memberi alamat sebarang pekerjaan yang dilakukan akan diakhiri dengan kejayaan
Bermimpi bermain dengan senjata menandakan seseorang itu akan mendapat kebaikan daripada apa yang dilakukan untuk kebajikan Bermimpi mengenai permata membawa petanda anda akan mendapat harta atau kenaikan pangkat
Bermimpi memakai gelang perak di kaki alamatnya anda akan mendapat kebajikan
Bermimpi duit terbelah dua alamatnya anda akan bergaduh
Bermimpi bertengkolok besar atau berbaju besar anda akan menjadi orang berpengaruh atau berpangkat besar
Bermimpi berkain hijau alamatnya segala kerja yang dilakukan akan mendapat keredhaan Allah Taala.
Bermimpi memakai kain memberi alamat anda akan mendapat keuntungan yang besar
Jika bermimpi kain di pinggang terkoyak alamat keluarganya akan mati dan kalau terkoyak baju alamat kematiannya
Bermimpi mengenai bunyi gendang di dalam rumah alamatnya pekerjaan anda diberkati
Jika bermimpi bunyi rebab alamat beroleh kegembiraan dalam hidup
Jika bermimpi makan kuih apam alamatnya anda akan mendapat harta dan jika makan sehidangan dengan raja atau orang besar kehendak anda akan tercapai
Bermimpi makan gula alamatnya seseorang akan berduka cita
Bermimpi makan makanan masam memberi alamat anda akan sakit atau berduka cita Jika bermimpi memakan ubat alamatnya anda akan berada dalam keadaan aman dan sentosa
Sekiranya bermimpi diri anda telah sembuh dari demam, menandakan cita-cita anda akan berjaya.
Jika bermimpi muka anda merah atau hitam menandakan anda akan mendapat bahaya.
Jika bermimpi gigi anda patah menandakan saudara anda akan mendapat kemalangan atau mati.
Jika bermimpi diri anda dipukul orang atau mengalami perdarahan menandakan anda akan kehilangan harta.
Jika bermimpi dimarahi guru, menandakan anda akan dimurkai oleh orang-orang besar.
Jika bermimpi rumah anda atau rumah orang lain runtuh alamatnya anda akan difitnah.
Jika bermimpi naik ke rumah besar atau mahligai yang indah anda akan memperoleh kebesaran di dunia dan akhirat.
Jika bermimpi membuat rumah atau dinding alamatnya anda akan memperolehi kekayaan dan selamat dalam kerjaya anda.
Jika bermimpi melihat rumah yang tinggi menandakan anda akan berkawan dengan orang jahat
Bermimpi tangga rumah patah menandakan anda akan dikhianati
Sekiranya di dalam mimpi anda anda berwudhuk alamatnya pekerjaan anda akan sempurna
Jika bermimpi tidak boleh berenang atau sesak nafas yang teramat sangat menandakan anda akan memperoleh harta atau ilmu
Sekiranya anda bermimpi berjalan atau berlayar ke sesuatu tempat yang jauh menandakan anda akan dipermuliakan orang
Bermimpikan ayam sabung menyambung menandakan anak lelaki anda akan berkawan dengan orang baik
Jika bermimpi melihat Allah Taala dengan ketiadaan yang menyerupai baginya dengan sesuatu , segala kehendak akan diperolehnya dan dialah Wali Allah yang beroleh kebesaran di dunia dan akhirat
Sekiranya seseorang bermimpi melihat Rasulullah s.a.w anda akan masuk syurga
Jika bermimpi melihat malaikat Jibrail a.s datang kepada anda, anda akan mendapat pahala di dunia dan akhirat
Jika di dalam mimpi seseorang itu melihat titian siratulmustaqim, seseorang itu akan mendapat pekerjaan yang baik dan dijauhi daripada kejahatan
Sekiranya bermimpi melihat pendita atau fakir, anda akan dikurniakan sesuatu oleh Allah s.a.w
Sekiranya bermimpi melihat lelaki lebih ramai daripada perempuan menandakan anda akan mendapat kebajikan
Jika bermimpi memegang dakwat atau kalam, alamatnya anda akan memperoleh isteri, ilmu dan harta yang halal
Jika bermimpi mata atau tubuh anda bercahaya alamatnya anda akan memperoleh kebajikan dengan sempurna
Jika bermimpi mencukur bulu ketiak menandakan anda akan terlepas dari harta yang ditanggung
Jika bermimpi berjumpa dengan orang alim alamatnya anda akan menjadi penghulu besar
Jika bermimpi memotong rambut menandakan anda akan bercerai dengan isteri
Bermimpi membuang darah menandakan anda akan sembuh dari penyakit
Jika bermimpi paras anda mempunyai perempuan alamatnya anda akan memperoleh harta atau anak
Jika bermimpi diri anda mati menandakan anda akan panjang umur tetapi jika bermimpi mati hidup semula alamatnya kehendak anda akan diperoleh
Sekiranya diri anda bermimpi dibawa ke kubur alamatnya anda akan beroleh kekayaan
Jika bermimpi kanak-kanak datang kepada anda menandakan anda akan memperoleh harta yang banyak

Mimpi Berkaitan Alam Semulajadi Dan Tanaman
Bermimpi mengenai batu-batu halus alamatnya anda akan terlepas dari kedukaan
Bermimpi makan tanah liat anda akan mendapat harta
Seseorang yang bermimpi emas yang banyak di dalam rumahnya alamatnya anda akan menjelaskan segala hutang piutang
Jika anda bermimpi hujan turun dengan lebat, anda akan mendapat rezeki berlipat kali ganda dan memperoleh rezeki yang halal.
Jika bermimpi bintang jatuh ke riba atau jatuh ke atas rumah menandakan anda akan memperoleh kejayaan dan dikurniakan anak yang baik.
Sekiranya bermimpi naik ke atas angin dan tetap di sana anda akan menjadi raja.
Sekiranya anda bermimpi melihat matahari dan bulan, bulan turun ke riba atau masuk ke lengan baju, anda akan memperolehi kejayaan di dunia.Sebaliknya jika melihat matahari terbelah dua atau hitam warnanya menandakan raja di negeri itu mati atau negeri itu akan mendapat huru-hara.
Jika bermimpi mendengar halilintar atau guruh petir menandakan sesuatu yang tidak baik akan berlaku.
Jika bermimpi tebu anda akan dimurahkan rezeki sebaliknya
jika bermimpi menanam sesuatu tanaman kemudian tanaman itu tumbuh menandakan anda akan memperoleh untung yang banyak
Bermimpi pohon gandum,padi atau kacang hidup dengan subur manandakan anda akan memperoleh rahmat allah, sebaliknya jika bermimpi menanam tanaman yang masam anda akan berduka-cita.
Jika bermimpi menanam kapas anda akan mendapat untung
Bermimpi air sungai mengalir dengan tenang menandakan anda akan terlepas dari bahaya.
Jika bermimpi air sungai kering anda akan memperoleh kesakitan
Jika anda bermimpi mandi dalam sungai menandakan anda akan beroleh rahmat
Jika bermimpi menyelam dalam sungai yang airnya sejuk alamatnya anda akan beroleh nikmat di dunia dan akhirat
Jika bermimpi air laut menjadi tawar atau manis anda akan memperoleh harta atau dijauhi dari sebarang bahaya.
Jika anda bermimpi air terlalu panas menandakan anda akan berduka cita.
Jika bermimpi makan buah timun alamatnya anda akan mendapat kebajikan atau berjumpa dengan orang yang mahir dalam ilmu pengetahuan
Bermimpi mengenai buah delima manis anda akan memperoleh kebajikan dan keuntungan dalam perniagaan
Bermimpi makan api memberi alamat beroleh isteri yang bijaksana
Bermimpi tentang emas,perak atau timah menandakan kerja yang dilakukan tidak mendapat sebarang keuntungan
Bermimpi emas bertahtakan permata anda akan mendapat kekayaan

Bermimpi Akan Haiwan

Jika bermimpi melihat kambing yang terlalu banyak menandakan pekerjaan anda akan memperoleh rezeki yang halal.
Sekiranya bermimpi naiki kuda atau unta, anda akan memperoleh kemuliaan dan kebajikan serta cita-cita anda akan dimakbulkan Allah.
Bermimpi naik gajah anda akan dipermuliakan orang dengan kebesaran.
Jika bermimpi membunuh gajah anda akan dihormati dan memperoleh kebahagian di dunia dan akhirat.
Jika bermimpi melihat gajah berjuang alamatnya orang-orang besar akan berkelahi sesama sendiri.
Jika bermimpi harimau datang kepada anda alamatnya anda akan memperoleh kehinaan
Jika bermimpi melihat babi atau anaknya menandakan orang itu melakukan pekerjaan terkutuk. Sebaliknya jika bermimpi membunuh babi atau tikus anda akan menunaikan haji atau memperoleh pahala haji.
Jika bermimpi pelanduk atau kijang datang kepada anda alamatnya anda akan memperolehi isteri yang jahat.
Jika bermimpi lebah bersarang dalam telaga atau sarangnya jatuh dalam telaga menandakan anda akan dipermuliakan orang
Sekiranya bermimpi anda ditangkap harimau, alamatnya anda akan diperdayakan orang
Bermimpi memandikan binatang menandakan seseorang itu akan sakit atau mendapat kebinasaan atau kehilangan sesuatu
Jika bermimpi melihat terlalu banyak ayam di bawah rumah anda atau di dalam kampung anda akan beroleh orang gaji atau hamba yang baik
Jika bermimpi bermain telor ayam menandakan anda akan berkawan dengan orang-orang jahat
Jika anda bermimpi bermain dengan burung hantu di rumah atau berhampiran dengan rumah anda menandakan ahli keluarga anda akan meninggal dunia
Sekiranya anda bermimpi burung merak datang kepada anda lalu anda tangkapnya menandakan anda akan memperoleh kekayaan atau mendapat anak lelaki
Jika bermimpi lebah, lalat atau nyamuk terlalu banyak alamatnya orang ramai akan berhijrah ke tempat anda
Jika bermimpi burung terbang ke rumah anda kemudian terbang ke rumah orang lain menandakan anda akan berduka cita
Bermimpi burung putih datang ke rumah menandakan anda akan memperoleh isteri yang budiman atau mendapat rezeki
Jika bermimpi menunggang naga menandakan semua kehendak diperoleh
Jika bermimpi dililit ular seluruh badan menandakan sesuatu yang buruk akan berlaku
Bermimpi kutu atau hama melekat di badan atau pakaian menandakan anda akan mendapat bencana
Bermimpi disengat binatang bisa menandakan anda akan mendapat kecelakaan
Jika bermimpi dipatuk ular seseorang itu akan mendapat suami atau isteri
Bermimpi makan telor ayam, pisang atau minyak alamatnya akan memperoleh keuntungan
Bermimpi memukat ikan alamatnya anda akan menjadi kaya atau mendapat keuntungan yang berlipat kali ganda
Bermimpi mencari burung alamatnya anda akan mendapat keuntungan dan dimurahkan rezeki
Bermimpi mendapat terlalu banyak najis menandakan anda akan kekurangan harta
Bermimpi mengenai najis besar menandakan anda akan mendapat kerugian
Jika bermimpi makan tahi alamatnya anda akan memperoleh harta yang halal dan akan sembuh dari penyakit
Jika bermimpi mencium bau kasturi atau anbar alamat orang itu akan sakit Bermimpi tubuh anda direnjis air mawar menandakan anda akan mendapat harta kekayaan yang halal

*p/s: Sebahagian dari mimpi yang kita alami mungkin adalah mainan tidur(gangguan syaitan). Bergantung kepada waktu kita tidur dan kebiasaanya mimpi yang benar selalu berlaku apabila keadaan kita tidur dengan nyenyak terutama 1 jam selepas lena tidur sehingga sebelum waktu subuh.
Setiap perkara yang berlaku, berserahlah kepada Qada dan Qadar kerana Allah SWT lah yang maha mengetahui. Wassalam.....:)